REVIEW : SANDAL SEDONDON IBU & ANAK DARI FEMES FACTORY


Ibu moden dan celik fesyen semestinya mahukan si kecil tampak comel dan bergaya terutamanya ketika keluar bersiar-siar. Lebih istimewa jika si ibu dapat 'bergandingan' bersama anak dalam berfesyen. Ini dapat dilihat ketika pagi raya, semestinya satu famili juga menyarung pakaian sedondon bersama untuk mengabadikan momen indah di dalam foto dan dimuatnaik ke akaun media sosial.



Demikianlah tercetus ilham menghasilkan Sandal Sedondon Ibu & Anak diberi nama #FemesMama & #FemesJunior keluaran Femes Factory. Sandal sedondon ini boleh di dapati dengan 10 pilihan warna menarik. Bukan sekadar berfesyen sahaja, Femes Factory menekankan keselesaan di dalam setiap penggayaan sandal keluarannya. "Kami menitik beratkan keselesaan si pemakai terutamanya anak kecil yang baru setahun-dua mula berjalan dan kami mahu mereka terus berjalan, meneroka dunia dengan sandal yang selesa. Selain itu, kami memahami para ibu mahu mengabadikan momen indah itu dan momen indah itu dapat dikongsi dengan sandal sedondon kami #FemesMama & #FemesJunior." - kata Yusmarul Ariff, selaku pemilik Femes Factory.



#FemesMama & #FemesJunior menggunakan material PU dan penggunaan warna tapak serta lapisan atas yang sama membuatkan ianya tampak eksklusif dan menarik. Design #FemesMama masih mengekalkan keaslian sandal ikonik #SandalKepalaIkan namun #FemesJunior telah diubahsuai bagi keselasaan kanak-kanak dengan velcro strap dihadapan.

Untuk mendapatkan koleksi terbaru #FemesMama & #FemesJunior ini anda boleh FOLLOW atau LIKE sosial media rasmi mereka iaitu

------------------------------------------------------

Facebook Femes Factory
Instagram&Twitter @FemesFactory

------------------------------------------------------

atau anda boleh terus Walk-In ke butik Femes Factory JB di 

Femes Factory JB
Kilang Bateri @ Tampoi JB
11am-11pm
dibuka setiap hari

No comments:

Post a Comment

INSTAGRAM FEED

@femesfamili