NASI DAGING MERAH LOQSTAQ

Pernah tak korang makan sesuatu , lepastu ada rasa manis2 kat hujung2 lidah dan buatkan korang gian dan tak tidur lena pada waktu malam.

Macamtu la apa Mr.Femes rasa bila sampai satu tahap keSANGAPan pada NASI DAGING MERAH LOQSTAQ ni.Rasa dia memang gian sangat, yang mengadanya GIAN dan SANGAP ni datang selalu time lewat2 malam.Rasa nak ketuk je pintu shutter HQ Daging Merah Loqstaq ni kat Mutiara Damansara tu.
(nampak tu berebut2 nak beli sampai hujan pun diorg redah)

Nasi Daging Merah Loqstaq ni pernah jadi kes viral di Facebook, sewaktu kedai mereka atau 'tiny little shop' mereka di Sg.Penchala terpaksa beratur panjang hingga ke Masjid Sg.Penchala.Sampai sold out dan tak cukup stok2 daging & ayam diorg, sebab tu la mereka 'terpaksa' expand business mereka dan menambah cawangan di HQ Mutiara Damansara & banyak lagi, Terpaksa expand hokayy , korang bayangkan sendiri penangan kesedapan dia.

Al-kisahnya Mr.Femes sekeluarga kenal dengan Nasi Daging Merah Loqstaq menerusi Instagram @dagingmerahloqstaq , selalu dok tengok ramai nau-nau artist post kat IG makan kat Loqstaq ni.Apa la special sangat Loqstaq ni, sampai la satu tahap Mr.Femes mencuba sendiri...Masyallah dan Astafirullahuladzim !!! , semenjak hari tu Mr.Femes terus jadi customer tetap dia.

APA RASA DIA ?
Nasi putih bersama kuah kari(ayam,terung bulat & carrot) , Daging Merah (Favourite saya) yang rasa manis-manisnya di hujung lidah ditambah pula ayaq asam ala kampung dan sedikit sayur-sayuran segar iaitu salad dan timun.Dapat tak korang bayangkan rasa dia? Cuba anda pejamkan mata dan bayangkan hangat kari , Manis sipi-sipi daging masak merah di hujung lidah dan masam ala manja2 ayaq asam dan setiap kali kunyah tu krup krap krup krap timun dan salad segar hancur berkecai didalam setiap kunyahan anda...Amacam , telan air liur tak? oowwhhh di tambah lagi dengan Ayaq Free iaitu air kenduri kahwin (sirap , jagung & sarsi)

Hari ni Mr.Femes nak memperkenalkan killer menu di Nasi Daging Merah Loqstaq

MENU
Set Nasi Daging Merah = RM6.80
Set Nasi Ayam Goreng Berempah = RM6.50
Set Nasi Daging Ikan Bakaq = RM6.50
Set Nasi King Daging + Ayam + Daging = RM15

(mat salleh pun dah makan kat sini , korang orang melayu sejati tak malu ke tak makan Nasi Daging Merah Loqstaq lagi)

ARTIS & CELEBRITY
Ramai dah artis dan selebriti terkenal makan kat sini , tak lupa juga InstaFemes dan golongan2 korporat dan ternama.Diorg ni pun dah terkena sindrom SANGAP & GIAN Nasi Daging Merah Loqstaq
(Fattah Amin , Akim , Hazama , Wan Sharmila , Arja Lee , Tomok , Dato' Aznil Hj Nawawi , Alif Satar , Qi Razali , Nora Danish & Bossned dan kalau nak list kan tak muat mukasurat)

Sesiapa yang belum cuba anda digalakkan mencuba dan datang makan kat sini , Tapi jangan jadi macam Mr.Femes , tengah2 malam ketuk pintu shutter suruh buka kedai.

LOKASI
SELANGOR & KL
HQ Mutiara Damansara. 
Sg.Penchala.
Menara PJD, JKR.
Sala Corner , Taman Melawati.

KEDAH
Medan Selera Uda Jln Sultanah , Alor Setar
Kopitiam Ukir Mall , Alor Setar

WAKTU
11am - 4pm

SOSIAL MEDIA
Instagram -  @DagingMerahLoqstaq #DagingMerahLoqstaq

No comments:

Post a Comment

INSTAGRAM FEED

@femesfamili