PORTAL BELI-BELAH ATAS TALIAN ROOPAWAN MULAI DIPERKENAL SASAR PASARAN GLOBAL MUSLIM

Portal membeli-belah atas talian (www.roopawan.com) yang dimiliki sepenuhnya oleh Roopawan Marketing Sdn Bhd mula beroperasi secara rasmi pada Ogos 2016 menawarkan produk fesyen dan kecantikan Muslim dengan lebih 50 jenama tempatan dan antarabangsa. Roopawan yang diasaskan oleh 2 anak muda, Mohd Fuad Mohd Noor dan Siti Amalina Ariffin mencatatkan perolehan sehingga RM300,000 hanya selepas 6 bulan dilancarkan. Roopawan turut merancang untuk menembusi pasaran luar Malaysia menjelang akhir 2017.

Kuala Lumpur, 21 Februari 2017 – Portal membeli-belah atas talian, Roopawan (www.roopawan.com) mulai diperkenal menyasarkan pasaran produk fesyen dan kecantikan Muslim. Sehingga kini, lebih 50 vendor tempatan dan antarabangsa berdaftar menerusi platform e-dagang baharu ini.

Roopawan yang diperkenalkan kepada umum pada Ogos 2016 semasa Konvensyen Strategi Lautan Biru Kebangsaan 2016 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya sehingga kini telah menarik sehingga 150,000 paparan halaman dengan 15,000 bilangan pelawat unik. Menawarkan kos penghantaran percuma ke seluruh Malaysia untuk kesemua barangan jualan, Roopawan menyenaraikan variasi fesyen, aksesori, kelengkapan ibadah, kosmetik halal, makanan kesihatan termasuk pakej penginapan Muslim (akan datang). 

Antara jenama fesyen tempatan yang ditawarkan di Roopawan termasuk Al Emira, Annise & Babes (milik selebriti Anis Al-Idrus), Aisha Wong Couture, Baju Foundry, Bunkface (milik artis berkumpulan Bunkface), Lila Majnun, Vermillion (milik pelakon Azwan Kombos & Ezzaty Abdullah) dan Dokoh yang begitu popular di kalangan selebriti. Manakala jenama antarabangsa termasuk Tawaf Watch (United Kingdom), sejadah Qenza (Australia), serta jenama Muslim lain dari Kanada, Korea dan Indonesia. 

Roopawan turut menyokong perkembangan perniagaan baharu yang berkecimpung dalam perniagaan atas talian. Persediaan platform mudah dan ringkas (easy set-up), kos penghantaran kompetitif dan transaksi atas talian yang dipercayai menerusi kerjasama pembekal pembayaran atas talian selain strategi pemasaran internet berkesan memastikan capaian meluas untuk pasaran produk Roopawan.

“Dengan pertumbuhan akses jalur lebar dan tawaran logistik yang pantas ke seluruh Malaysia, Roopawan yakin mencatatkan pertumbuhan keuntungan sehingga 20% tahun ini. Semenjak diperkenalkan kepada umum pada 6 bulan yang lepas, Roopawan telah merekodkan perolehan sehingga RM300,000 menerusi beberapa sumber pendapatan,” menurut Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd yang juga pengasas portal ini, Mohd Fuad Mohd Noor.

“Bersandarkan moto ‘Modest, Modern & Muslims’, Roopawan tampil sebagai hub atau hentian setempat untuk produk fesyen dan kecantikan buat pasaran global Muslim. Seiring perkembangan fesyen, Roopawan menawarkan penggayaan produk yang lebih santai buat golongan muda, selain mahu menggalakkan ‘trend’ pemakaian hijab tanpa mengenepikan tarikan fesyen semasa,” ujar Penolong Pengurus Besar Roopawan Marketing Sdn Bhd yang juga pengasas bersama, Siti Amalina Ariffin. 

Untuk menikmati pengalaman membeli-belah mudah dan ringkas di Roopawan, layari laman portalwww.roopawan.com hari ini. Ikuti perkembangan terkini produk baharu di Roopawan menerusi laman media sosial Facebook @roopawan atau Instagram @roopawan.
-TAMAT-

Untuk maklumat lanjut, hubungi Roopawan Marketing Sdn Bhd di 03-91744771 atau:
Mohd Fuad Mohd Noor      | +60193933529   | mohdfuad@roopawan.com
Siti Amalina Ariffin              | +60177540687   | amalinariffin@roopawan.com

No comments:

Post a Comment