ROTI BAKAR TELOR CHEESE DI SPICY RESTORAN @ BANDAR MANJALARA



Pernah tak korang lepak mamak dan korang rasa taknak makan berat sangat dan taknak makan ringan sangat...Selalu kan?

Sebagai seorang yang cerewet makan , Mr.Femes selalu sangat rasa macamtu.Wife Mr.Femes selalu marah2 & cakap mengada-ngada mengalahkan perempuan.

Tapi kini Mr.Femes dah jumpa penyelesaianya...!!! memperkenalkan

ROTI BAKAR TELOR CHEESE di SPICY KITCHEN @ BANDAR MANJALARA
Roti Bakar Telor Cheese & Teh Tarik Extra Buih

Roti bakar telor cheese atau singkatanya RBTC ni dipekenalkan oleh kawan Mr.Femes sendiri, dia memang penduduk tetap Bandar Manjalara dan dia juga memang customer tetap Spicy Restoran ni & dia juga memang peminat tegar RBTC ni.

DETIK GIGITAN PERTAMA
For the first time Mr.Femes cuba , macam biasa la mula mula tu mmg penuh dengan skeptikal.Dalam hati cakap "ala typical roti , celup telur n letak cheese".Tapi apabila gigitan pertama tu berlaku NGAPPP...terkedu , terdiam dan rasa dunia berhenti berputar.Setiap gigitan memang memberi seribu dan sejuta makna.

RASA DIA MACAMANA ?
Pernah tak korang makan roti celop telur dan kebiasaanya ada manis-manis telur kan? Tapi yang ni lain, sumpah lain.Hujung gigitan terakhir tu ada something yang manis-manis & sipi-sipi je rasa dia, tambah pulak dengan rasa lemak cheese tu.Bila digigit , tarik panjang & make sure korang tarik ke atas dan mendongak, biar cheese tu panjang n masuk dalam mulut korang macam tali.Bukan kat Dominos & Pizza hut je korang boleh buat macamtu.Dengan ROTI BAKAR TELOR CHEESE ni pun boleh.

Takpe, tahu dah.Korang tengah telan air liur kan.Jangan buang masa anda, datang je terus ke 

SPICY KITCHEN @ BANDAR MANJALARA - 24 JAM
WAZE : SPICY KITCHEN MANJALARA

SPECIAL MENU & HARGA
ROTI BAKAR TELOR CHEESE
RM5.50

ARTIS RAMAI LEPAK SINI
Dah ramai artis yang dah cuba makan Roti Bakar Telor Cheese ni dan boleh dikatakan sini port artis.Setiap kali datang mesti ada artis , antaranya Awi Rafael , Elizabeth Tan , Maya Karin , Syuk Balas , Ajak Shiro , Fizi Hot FM & siap pernah kena terjah dengan Hot FM untuk segmen pagi.Dan dengar2 cerita dari bos Spicy Kitchen ni , Syuk Balas pun macam nak berniaga kat sini(belum confirm lagi).
(Syuk , Fizie , Ajak , Elizabeth Tan , Maya Karin)

Mr.Femes rasa RBTC ni sesuai dimakan pada bila-bila masa, sebab dia tak berat sangat dan tak ringan sangat.Just nice !.Lagipun dia tak muak dan ada unsur2 ketagihan disitu.

LOKASI
SPICY KITCHEN @ BANDAR MANJALARA - 24 JAM
WAZE : SPICY KITCHEN MANJALARA

SOCIAL MEDIA
Facebook : Spicy Kitchen Bandar Manjalara
Instagram : @spicykitchen.menjalara

No comments:

Post a Comment