Dompet / Purse / Wallet Hilang Kena Curi? Ikuti Langkah ini
Rasa nak nangis? Menyesal? Menyumpah?
Faham sangat perasaan itu kerana baru-baru ini, telah kehilangan purse 2011-2017 (R.I.P)
Rasa nak nangis kerana cincin nikah ada dalam tu, duit nafkah, IC, bank card, card points, license, kad nikah, name card, semua dalam tu. Ambil masa untuk Pasrah.
But, hey! Ini semua takdir. Life Must Go On orang kata. Tapi jika dompet itu mungkin tersalah letak, cuba baca doa ini.
1. Buat Report di kawasan yang hilang
Sebagai contoh, Mrs Femes pergi ke bilik pengawal di bangunan Mara Mall dan buat laporan pada ketua pengawal keselamatan di sana. Selalunya mereka memang ada sediakan borang aduan. Kot-kot next day mereka terjumpa kan, mereka dah ada maklumat seperti no. telefon untuk berhubung. Ambil gambar report yang anda telah isi di telefon bimbit (Ini penting supaya polis tahu samada kes seluk saku seperti kes Mrs Femes).
Jangan lupa tanya untuk melihat CCTV!
Unfortunately, kawasan yang Mrs Femes kena tu tidak ada CCTV di kawasan itu. Hmm..
Jangan lupa tanya untuk melihat CCTV!
Unfortunately, kawasan yang Mrs Femes kena tu tidak ada CCTV di kawasan itu. Hmm..
2. Call Bank
Inform pada kesemua bank bahawasanya kad anda telah hilang.
Sila block access kepada kad anda sementara anda membuat kad baharu.
3. Buat Laporan Polis (setelah 24 jam)
Laporan polis hendaklah dilakukan di Balai Polis berdekatan dengan tempat berlakunya kejadian. Ya, sangat melecehkan. Namun, jika tempat itu jauh daripada tempat tinggal anda, laporkan pada Balai Polis di kawasan tempat tinggal anda dan Polis akan rujuk kepada balai berkenaan. Semasa membuat laporan, sila beritahu pada polis dengan terang dan jelas apa yang telah berlaku. Baca semula laporan yang ditulis oleh Polis yang bertugas.
Kenapa? Jika laporan mengatakan 'dipercayai' barangkali anda bakal dikenakan denda untuk membuat Kad Pengenalan yang baru. Laporan haruslah telus dan jujur. Sila rujuk
Kali Pertama - RM100
Kali Kedua - RM300
Kali Ketiga & Seterusnya - RM1000
Namun, jika ianya hilang di atas kecuaian anda, laporan polis masih perlu dikemukakan dan anda boleh mohon kad pengenalan secara atas talian sahaja. Layari https://mykadganti.jpn.gov.my/login.php dan lihat Manual Caranya DI SINI.
4. Datang ke UTC
Kredit: Oni Asyraf
Ni yang nak puji, Mrs Femes ke Mini UTC, Keramat. Senang, apply kesemuanya sekali di satu tempat sahaja. Jimat masa, tenaga dan minyak petrol. Paling bagus sekali kebanyakan UTC ni tutup jam 10pm. Alhamdulillah, dengan adanya laporan polis, tak perlu nak bayar denda. Kalau tak, mahu dua IC kena bayar denda, Melor punya dengan Mommynya T T. Untuk maklumat semua, Kad Lesen memang kena bayar tidak kira kes. Satu kad berharga RM20. Mrs Femes pergi setelah maghrib, memang tak ramai sangat orang. Dalam masa sejam semua dah settle. Jangan lupa bawa laporan polis dan surat beranak anak.
5. Pergi ke Bank
Marilah kita Husnudzon kepada musibah yang terjadi, mungkin ada hikmahnya. Hikmahnya anda dapat dompet baru! :p Jangan lupa share jika ianya bermanfaat! :)
Mintak2 lah purse takkan hilang. Tapi ni panduan mudah in case jadi ape2
ReplyDeletehttp://www.fatindays.com/
Denda kna ic tu klau purse hilng? Wlaupun bawak report polis?
ReplyDeletePICK POCKET SELALU BERLALU JADI BERHATI2...CARA PEGANG PURSE KENA BEWARE DAN SELALU SELAWAT ZIKIRUALLAH
ReplyDeletekalau ic dan lesen hilang . apa kesan buruk yaa sis ? orang yg mengambil xboleh buat pinjaman atas ic kita kan ?. risau tkot mai2 nnti surat mintak hutang . mati laa . haha report semua dah buat
ReplyDeletemacam mana cara supaya x bayar denda 1000 ya?
ReplyDelete