Sebab kenapa Beauty and The Beast 2017 ditunda tayangan




Bukan kata Femes Famili jer, ramai juga rakyat Malaysia dah tak sabar nak tonton movie 'Beauty & The Beast' ni. Mana taknya, filem ni dulu adalah filem animasi pertama yang tercalon untuk Oscar pada tahun 1991 ( tahun mrs femes baru lahir 😁).

Antara sebab utama adalah pelakon heroinnya, Mrs Femes memang minat betul dengan Emma Watson semenjak dia membintangi movie Harry Potter lagi! Dia ni effortless beauty sangatkan!



Tup Tup datang satu khabar berita yang mengatakan movie ini ditunda dek kerana ada scene 'gay moment' di dalam movie tersebut. Bill Condon selaku pengarah movie versi terbaru ni buat Le Fou ni kadang-kadang 'admire'kan si Gaston tapi kadang-kadang confuse rasa macam ada perasaan kat Gaston. Jadi itulah 'that gay moment' yang akan dipotong di panggung wayang nanti. Apa-apa pun Femes Famili sokong dengan tindakan yang dilakukan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).

Kot ada yang dah terlupa siapa Gaston siapa Le Fou, pergilah google cari balik animated version tu ya, so korang boleh recall balik sebelum menonton wayang versi baru ni.



Jom layan video animated vs real movie Beauty & The Beast di FB Page kami!

UPDATE TERBARU!  
 Pihak Disney menolak tayangan di Malaysia jika adegan gay dipotong oleh LPF Malaysia. Website pada GSC mengatakan "has been postponed by Disney until further notice". Manakala Disney Malaysia mengeluarkan statement "the release had been delayed pending an "internal review". Sama-sama kita nantikan.

No comments:

Post a Comment

INSTAGRAM FEED

@femesfamili