IDEA PERNIAGAAN MAKANAN YANG SAYA DAPAT DI CAMDEN MARKET , LONDON

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.Hola dari Cordoba , Andalusia , Sepanyol.

Hari ini adalah hari ke-6 eurotrip #FemesFamiliTakesEurope #KembaraFemesFamili.
Facebook - Femes Famili
Instagram - @FemesFamili
www.femesfamili.com

Femes Famili ingin berkongsikan tentang '101 IDEA PERNIAGAAN MAKANAN YANG SAYA DAPAT DI CAMDEN MARKET, LONDON'.Masih banyak rupanya idea perniagaan F&B yang belum masuk / ada di Malaysia ini.Diharap post ini dapat memberi inspirasi / idea kepada warga Malaysia supaya lebih kreatif.

SCROLL NO 31 ATAU BAWAH SEKALI KALAU NAK TAHU KEDAI MANA YANG KENA BERATUR UNTUK BELI MAKANAN.

Sebelum saya mula bercerita dengan lebih lanjut, apa yang kami perhatikan dan dapat belajar disini adalah betapanya pentingnya 
1) Concept
2) Branding
3) Kualiti makanan. 
4) Harga

Yang paling penting sekali adalah kualiti makanan , Ya! Makanan yang berkualiti dan sedap.Majoriti makanan yang ada di Camden Market adalah super sedap.Walaubagaimanapun saya tidak akan berceritakan tentang Concept , Branding , Kualiti makanan disini , maybe di next post.

HARGA
Majoriti harga makanan di sini ialah 5pound - 8.5pound


1 - Bang Bang Chicken w rice or noodles - 4-5 pound
Asia food - Setiap kali anda beli anda akan diberikan dengan bekas dan makanan boleh dipilih dalam 3/4 pilihan.Killer product mereka adalah Bang Bang Chicken.

Uncle ni orang Ipoh dan orang Malaysia yang pernah ke Camden mesti kenal dengan suara garau dia.Jom tengok video aksi lucu & sporting uncle ni -> bang bang chicken
picture from TripAdvisor UK

2 - Poppies Fish & Chips - 8.5 pound
London memang terkenal dengan Fish & Chips (F&C) nya.F&C disini menggunakan fresh fish (bukan ikan sejuk beku kat pasaraya)

3 - Donuts & Cronuts
Antara kedai yang tengok je terus rasa nak beli dan selalu sold out, pada lewat petang (sebelum tutup) mereka akan buat promosi untuk habiskan makanan mereka.

perkara yang saya dapat belajar disini adalah cara dia menyusun aneka donut nya supaya kelihatan menarik n org nak selfie with product
credit photo to flickr astralrae

4 - Coconut Water
Perkara ni biasa di Malaysia , tapi kalau di Camden benda ni rare dan unik.Diorang macam bangga dapat minum air sambil pegang buah kelapa.Tapi yang unik nya , penjual ni kopek kelapa sambil menari ikut irama Reggae.

5 - Hand Rolled Pasta (homemade) at The Cheese Wheel
100% homemade pasta secara live dan diletakkan di dalam sebuah cheese yang besar , antara yang unik dan kena beratur kalau nak beli.

6 - Halal Indian Food
Not typical indian food yang kita boleh dapat di mamak , sebenarnya banyak lagi menu2 indian food yang sedap berkali-kali ganda.Selalunya kalau anda nak dapatkan indian food yang sedap dan berkualiti hanya terdapat di restoran ekslusif sahaja.Kenapa tidak cuba buat indian food yang sedap on the street.Saya pasti ramai rakyat Malaysia sukakan Indian Food yang berkualiti tinggi.

7 - Salad bar
Jika anda ingin membuat perniagaan Salad Bar , pastikan di lokasi yang strategik dan kena dengan target market anda.Seperti di hadapan gym atau bawah ofis.Pastikan pembeli adalah orang yang menjaga diet pemakanan.Dan harga kena mampu milik kerana masalah di Malaysia adalah Salad yang sedap RM16-RM20 hanya di restoran ekslusif , tapi salad RM5 di pasaraya rasanya agak...hmmmm taknak la cakap (keluar air mata)

8 - Fresh Juice
100% fresh juice ini bersesuaian dengan perniagaan Salad Bar diatas.

9 - Pizza with 100% real cheese

10 - Mexican Food
Kita mesti dah biasa dengan Nacho's dip , tapi sebenarnya masih banyak Mexican food yang belum ada di Malaysia , tapi bersesuaian dengan selera orang Malaysia.Anda boleh google dan membuat inovasi anda sendiri.

11 - Chinese Food
Kedai ni mengamalkan konsep grab & go , ala ala bang bang chicken juga.Terdapat menu rice & noodle disini.

12 - Hungaria Food

13 - Dessert & Cakes 

14 - Giant Nougat & Macaroons
15 - Paella - Spanish Food

16 - Bagel
Bagel adalah salah satu makanan kegemaran kami , yang sedap bagi saya adalah di Coffee Bean dan Bagel shop at 15, Subang Jaya.Bagel ini boleh dikomersialkan dan di inovasikan lagi di Malaysia.

17 - Korean Burritos - Kimchinary

18 - Southern Fried Chicken

19 - Wood Fired Pizza
Pizza dipanggang menggunakan kayu api sebenar , Anda boleh dapatkan Wood Fired Pizza di Damansara atau Shah Alam.

20 - Hot Dogs.
sukar untuk mendapatkan hotdogs sesedap 1901 , 1901 pun sudah semakin berkurangan di pasaraya.Mungkin peluang anda untuk mengkomersialkan perniagaan hotdog.

21 - Venezuela Street Food

22 - Mac N Cheese

23 - Taiwanese Lunch Box

24 - Kolkati Kati Rolls

25 - Quesadillas KillaDilla

26 - Crepes

27 - Roti House

28 - Vietnamese Street Food
Kita mesti dah biasa makan Vietnamese Spring Roll kan , tapi masih banyak makanan Vietnam yang belum dikomesiarlkan lagi.

29 - Falafel

30 - Churros
Sewaktu pertama kali saya ke London 2013 , Churros masih belum ada di pasaran Malaysia.Sekitar tahun 2015 , Churros amat terkenal dan viral.Siapa tahu jika anda mencuba perniagaan yang saya share dan anda akan menjadi orang pertama dan viral.Tapi pastikan masak sedap2 okay !


Dan sepanjang 3/4 jam kami di Camden Town , kedai yang paling panjang beratur oleh semua lapisan bangsa (mat salleh , arab , negro, dsb) adalah kedai 

31 - Halloumi Fries by Oli Baba's
Facebook - Oli Baba's Food
Instagram - @oli_babas

"fresh herby salads . crunchy sweet potatos fries , smoky turkish-style flatbreads & a big pile of super creamy hummus" - Times


Tapi sayangnya kami tak sempat mencuba di atas faktor hujan dan beratur terlampau panjang & juga kami terjumpa kedai ni sekitar jam 5.30 pm iaitu agak lewat.Mengikut sumber FB rasmi mereka , artikel dari Times "big piles of fresh herby salads . crunchy sweet potatos fries , smoky turkish-style flatbreads & a big pile of super creamy hummus make up the sort of meal that would make even a butcher consider going veggie."

Jika anda datang ke Camden Market , London , anda digalakkan mencuba Halloumi Fries by Oli Baba's , dapat selfie sekali pun dah best.

Next artikel saya akan kongsikan 
- Cara nak ke Camden Town.
- 101 FREE things u can do in London.
- Perkara YA dan JANGAN jika anda tinggal di AirBnB
- Teknik menggunakan stroller semasa di London.
- Kesilapan yang kami lakukan semasa di London.

Diharap post ini dapat memberi manfaat dan idea kepada anda untuk menceburi bidang perniagaan F&B.Siapa tahu anda jadi orang pertama mencuba dan menjual menu yang saya share-kan kemudian viral satu Malaysia =-).



Bye-bye dan Assalamualaikum dari Femes Family , 19 May 2017 , 12.45pm , Cordoba , Spain.

No comments:

Post a Comment

INSTAGRAM FEED

@femesfamili