Tips untuk berjalan sekitar London menggunakan Stroller

Semasa Mrs Femes sampai sahaja di Heathrow London, kami menggunakan train London Overground. Untuk dua station pertama tiada masalah ketika pertukaran train. Oh lupa nak bagitahu, untuk ke kawasan tempat kami tinggal di London, kami perlu 3kali menukar train dari Station Heathrow Airport. Penggunaan Stroller tiada masalah jika anda tahu tips-tips yang Mrs Femes nak sharekan di bawah ini.

1. Plan dahulu perjalanan

Download atau dapatkan Tube Map di setiap station secara percuma. Mrs Femes suggest untuk bulatkan nama kawasan yang ingin dituju supaya senang nak kira/nak lihat station pertukaran mana yang cepat dan mudah access. Jika anda ingin memahami lebih lanjut, sila rujuk STAIRS TUBE GUIDE

2. Gunakan stroller mudah lipat dan ringan

Possibility untuk masih menggunakan tangga adalah tinggi. Jadi pilihlah stroller yang ringan, mudah dilipat. Anda juga mungkin perlu menaiki bas untuk ke sesuatu tempat.

3. Bawa bersama Baby Carrier
Incase of emergency, bawalah bersama baby carrier ketika berjalan sekitar London. Bagi Mrs Femes, ianya adalah penyelamat jika anda ingin Breastfeed secara on-the-go.

4. Minta bantuan
Londoners sangat baik hati! Semasa kami perlu menggunakan tangga, ada sahaja orang akan bertanya jika perlukan bantuan. This is why we love London! Ataupun anda boleh dapatkan bantuan di kaunter. Staff di sana pasti akan membantu anda. Anda mungkin perlu untuk menurunkan bayi/kanak-kanak di dalam stroller untuk keselamatan ketika staff mengangkat stroller. Pastikan anda memegang barang/bag yang mempunyai barangan berharga.

5. Berjalan
Sebenarnya daripada satu station ke satu station yang lain, tak adalah jauh mana. Jalan sahaja ke station yang anda ingin tuju sambil anda dapat menikmati pemandangan di sekitar bandar London.

No comments:

Post a Comment

INSTAGRAM FEED

@femesfamili