PENGALAMAN SOLAT JUMAAT/TERAWIKH DI BEBERAPA NEGARA DI EROPAH.


PENGALAMAN SOLAT JUMAAT/TERAWIKH DI BEBERAPA NEGARA DI EROPAH.
.
Alhamdulillah baru tadi (9june17) sempat dan berpengalaman ber-solat jumaat di Grand Mosque, Strasbourg, France .Masjid tidak super pack , tetapi agak ramai.
.
Sudah beberapa kali berkesempatan terawikh/iftar/jumaat di beberapa masjid & negara di Eropah.Ini juga salah satu satu assigment dan misi saya ke Eropah , untuk merasai ramadhan di negara orang.
.
Ada beberapa perkara yang saya perasan tentang kelainan orang2 disini.
.
1 - TIDAK main handphone lansung semasa di dalam masjid.Ya ini perkara serius , tiada lansung orang main HP , check FB , selfie di dalam masjid.(which is good)
2 - Kebayakkanya bukan local people , majoriti dari Morocco , middle east dan beberapa negara africa.
3 - Ada wanita yang solat jumaat sekali , less than 100 ppl. Saya cuba bertanya kepada seorg warga africa tadi , adakah wanita itu dtg solat Jumaat, dia cakap YA , tapi kesahihan saya belum pasti kerana masalah komunikasi.
4 - Semasa saya di Paris , France.Selepas terawikh dapat FREE baguette.(baguette tersedap adalah di Paris, Kerak & rapuh diluar , manis & lembut di dalam)
5 - Wanita tidak berhijab dan non-muslim juga berapa di perkarangan masjid untuk ber'iftar'.Bila saya tanya boleh ke FREE HAIR berada di dalam perkarangan masjid.Mereka menjawab dengan muka yang memberi maksud 'its complicated to say'.
6 - Khutbah Jumaat di dalam bahasa arab.
7 - Rak kasut penuh dengan kasut2 sneakers branded, Kalau kat Malaysia dah kena rembat.Saya tanya kawan baru saya orang Africa "ada tak kes curi kasut", dia jawab , "it happens sometimes".
8 - Banyak pak arab swag ;-D , pakai jubah , sneakers/ basketball shoes , sambil jalan pegang atau angkat jubah sikit sambil jalan ala hiphop.
9 - Ada orang minta sedekah di luar masjid.Kawan baru saya org syria tinggal di Frankfurt, Germany cakap sebab muslim suka sedeqah.Jadi ada yang kadang2 menyamar jadi Muslim untuk minta sedekah,
10 - Buka puasa makan baguette dan sup (kekacang dan ada vecemelli sikit2 di dalam) , Solat maghrib (takde azan, tau2 dah habis sembahyang) , selepas solat masuk bawah khemah , makan sup dan baguette , kemudian main course datang dalam dulang (share 4 org) , ayam masak bersama kacang hijau dan baguette.
11 - Saya solat terawikh di Frankfurt , Germany rasa macam cardio,Terawikh 20 minit je dah habis,Sewaktu sedang duduk di antara dua sujud , baru nak baca "rabbighfirli war" dah dengar allahuakbar (sujud kedua) , berlinang air mata nak kejar =-P.
12 - Lepas terawikh ada juga yang lepak di kedai Doner Kebab.
.
KENA MARAH KERANA MENGAMBIL GAMBAR DAN VIDEO DI MASJID.
Perkara ini juga yang membuatkan saya hampir di halau dan di marahi semasa di Argentuil, Paris, France.Saya dimarahi kerana mengambil gambar curi dan memegang camera , mengambil (rekod) guna HP , salah seorang AJK memarahi saya dan memanggil ala ala SUPERVISOR masjid , SUPERVISOR faham cakap english.Dan saya explain yang saya record untuk saya nak tunjukan kepada rakyat Malaysia bagaimana proses terawih dan solat di negara (selain Malaysia) , alhamdulillah supervisor tu faham tetapi dia explain kat saya , yang kebanyakan orang tak berapa selesa dengan keadaan itu.Jadi saya faham dan semenjak itu tidak rekod apa-apa lagi , kecuali rekod curi.Jadi misi untuk shoot beberapa gambar n video terawikh di masjid di beberapa negara Eropah , i can say 75% gagal n susah.
.
Tapi kalau saya tgh solat orang ambil gambar and shoot kita pun rasa janggal n awkward kan..?

No comments:

Post a Comment

INSTAGRAM FEED

@femesfamili