Foto ini adalah di Fira berdekatan cable car untuk ke Old Port Thira |
THE ULTIMATE GUIDE TO SANTORINI
Itinerary Santorini (3hari 2malam)*nota: Cost dari Athens ke Santorini during our #femesfamilitakeseurope 77days.
Day 1
7.10am Bertolak dari Port Piraeus (Athens) - Santorini Island (naik ferry)
4.30pm Tiba di Port Thira (Santorini)
5.00pm Menaiki Bas ke Fira
5.30pm Tiba di Terminal Bas Fira
6.00pm Check In Hotel/Apartment (jalan kaki je dari terminal)
7.00pm Free time (Jalan-jalan sekitar Fira, beli barang nak masak)
Day 2
1.00pm Bertolak Terminal Fira - Oia
1.20pm Tiba di Oia
1.30pm Jalan-jalan ambil gambar
5.00pm Hentian bas Oia - Terminal Fira
5.20pm Tukar Bas dari Fira - Kamari
5.35pm Tiba di Kamari
8.30pm Senja pulang ke Fira
Day 3
11.00am Check-out (tinggal bag di hotel)
11.10am Pusing-pusing town Fira for the last time
12.45pm Balik hotel ambil bag terus ke Terminal Bus (jalan kaki je dekat)
1.30pm Bertolak ke Port Thira
2.00pm Tiba di Port Thira
4.00pm Ferry tiba (sepatutnya 3.30pm dah bertolak)
1.00pm Bertolak Terminal Fira - Oia
1.20pm Tiba di Oia
1.30pm Jalan-jalan ambil gambar
5.00pm Hentian bas Oia - Terminal Fira
5.20pm Tukar Bas dari Fira - Kamari
5.35pm Tiba di Kamari
8.30pm Senja pulang ke Fira
Day 3
11.00am Check-out (tinggal bag di hotel)
11.10am Pusing-pusing town Fira for the last time
12.45pm Balik hotel ambil bag terus ke Terminal Bus (jalan kaki je dekat)
1.30pm Bertolak ke Port Thira
2.00pm Tiba di Port Thira
4.00pm Ferry tiba (sepatutnya 3.30pm dah bertolak)
FAKTA PENTING MENGENAI SANTORINI
Bahasa: Greek
Matawang: Euro
Agama Rasmi: Kristian Katolik
Makanan Rasmi:Gyros & Greek Salad! (Harga: 4 Euro)
Pengangkutan Rasmi: Bas (Harga: 1.80-2.40 Euro (per ride ikut lokasi)
Musim Puncak: April-Oktober (Spring/Summer)
Lokasi Santorini, Greece
Transport
Ada dua option untuk ke Santorini by Plane or Ferry.Jom compare Pros & Cons antara kedua-dua ni.
Kapal Terbang
Selalunya flight paling murah dari Athens adalah Aegean Air.
Pros - Paling cepat hanya 45 minit dari Athens ke Airport Santorini known as Thira/Θήρα (JTR)
Cons - Kena beli awal lebih murah. View bird's eye compared to Ferry (Stunning view of different Islands on the way nak ke Santorini. Perlu ke Airport dan melalu security check.
Kos Anggaran RM278 seorang (Athens ATH to Thira JTR)
Ferry
Pros - Menikmati view yang tak terkata kecantikkannya. Boleh berjalan-jalan di dalam ferry dan makan di cafe/restaurant. Terdapat pilihan seat/bed. Jika ferry berlepas malam, ada sesetengah ferry mempunyai bilik tidur. Lebih selesa untuk perjalanan yang lama. Ada fast ferry hanya 5 jam dari Port Piraeus (Athens).
Cons - Perjalanan yang lama. Paling lama boleh pergi ke 10jam kerana Ferry akan singgah di Island-Island tertentu untuk turunkan penumpang dan ambil penumpang baru. Delay tu memang kebiasaan.
Kos Anggaran RM200 seorang Deck/Economy seat (Athens Piraeus to Thira Athinios)
Ticket Ferry
Boleh beli online sebenarnya tapi complicated. Kami pun beli direct di Port Piraues sebab kalau beli online sekalipun, tiket masih perlu diprint di kaunter agent atau direct office. Charge extra akan dikenakan bagi setiap print (print fee) jika beli online. Kami beli melalui Lets Ferry. Office mereka memang terletak berdekatan dengan Port Piraeus. Kalau rajin silalah ke website tersebut, dari situ dah tau jenis-jenis ferry, seat dan harga.TIPS! Setiap bulan ada promosi tau boleh check dekat website BLUE STAR FERRIES tapi terhad kepada beberapa orang pertama sahaja setiap bulan. Better email mereka untuk maklumat lanjut.
Untuk melihat pengalaman kami menaiki Ferry boleh lihat post di sini REVIEW: Ferry ke Santorini.
Penginapan
Kami memilih untuk tinggal di hotel yang mempunyai dapur kerana dengan memasak kami boleh jimat lebih banyak. Restoran di sana juga memang tak ada spesifik restoran yang halal. Jadi memasak adalah lebih afdal orang kata. Kalau datang bersama kawan dan mencari tempat tinggal budget, eloklah tinggal di Hostel sahaja. Kat Hostel pun ada yang mempunyai fasiliti dapur memasak. Rata rata penginapan yang termurah di Santorini terletak di Perissa. Jauh sikit dari Center, naik bas dalam 30-40 minit dari Terminal Bas Fira.![]() |
Yang paling banyak harga itu adalah kawasan Perissa terletak di sebelah Kamari |
Namun disebabkan kami tak boleh menyewa ATV/Scooter, kami decide untuk stay di Fira sahaja sebab ianya sentral dan terminal bas pun dekat je boleh jalan kaki. Lagi pun masa yang kami ada singkat, jadi dengan hasil carian kami di TRIVAGO, FIRA CENTRAL APARTMENT adalah tempat penginapan yang paling strategik kerana kami mencari hotel yang ada dapur untuk memasak.
Ikuti REVIEW: Fira Central Apartment, Santorini.
Kos hotel kami sehari RM499 berbaloi sebab boleh masak dan boleh muat 4 orang sebenarnya.
P/s: Jika ada budget lebih tolonglah stay di Oia kerana view dan kawasannya lebih menarik. Disitulah terletaknya Blue Dome. Kos hotel dan makanan lebih mahal di sini.
Pengangkutan
ATV/Scooter
kredit: theroadlestraveled
Pros - Masa yang Flexible. Tak perlu berpatah balik ke Terminal Fira untuk ke lokasi seterusnya kerana bus ada timetable. Tak perlu tunggu bas.
Cons - Kena cari parking.
BUS
![]() |
Beginilah keadaan di Terminal Bas Fira |
Sebelum kami bertolak memang banyak baca review dari blog-blog matsaleh mengatakan adalah lebih baik untuk book private shuttle dari Port Thira/Athinios untuk ke hotel kerana kami berkunjung pada peak season (musim puncak) agar kami tak membazir masa menunggu bas. Namun setelah mendapati harga dari Port Thira ke Hotel adalah 25Euro seorang, terus kami batalkan niat untuk book private shuttle. Bagi kami ianya mahal untuk 20 minit masa perjalanan. Alhamdulillah juga sistem bas di Santorini sangat efisyen! Tak perlu beli tiket di kaunter, hanya bayar dekat konduktor bas sebelum naik ataupun naik dulu baru konduktor bas akan datang di tempat duduk.
Kos naik bas hanya 2.30Euro/seorang dari Port Athinios ke Terminal Bas Fira! Phew jimat 46Euro tu.. hehe oh lupa budak berumur 2 tahun baya Melor adalah percuma.
![]() |
View Port Athinios dari dalam bas. Portnya kecil sahaja. |
![]() |
Jalan dari Port Athinios ke Bandar Fira yang berliku-liku. Namun pemandangannya Subhanallah! |
Map Santorini yang Mrs Femes ambil ketika di Terminal Bas Fira |
Pantai
Santorini mempunyai banyak pantai sebenarnya, namun untuk masa yang singkat ni kami memilih untuk ke Kamari Beach sahaja kerana ianya lebih family/kids friendly berbanding pantai-pantai yang lain. Ianya juga mudah akses. Turun je dari Bas, beberapa minit jalan dah nampak dah pantai. Kalau nak stay area sini pun best. Makanan seafoodnya cuma berharga sekitar 10 Euro.
Kamari Beach di kenali sebagai Black Beach kerana persisirannya penuh dengan batu-batuan hitam, juga mesra keluarga. |
Inilah seafood meal set yang kami order di Kamari berharga sekitar 10 Euro. |
Blue Dome di Oia
Oia (sebutan EE-YAA) terletak di bahagian utara Santorini, 11km (30 minit) perjalanan dari Bandar Fira, lokasi tempat tinggal kami. Untuk sampai ke sini, kami menaiki bas dan tambangnya cuma berjumlah 1.80Euro seorang bagi satu perjalanan. So pergi balik darab dualah ya. Jika anda yang belum tahu, di sinilah lokasi paling cantik dan popular yang anda lihat di dalam carian google mahupun di media sosial. Lokasi di mana terletaknya kubah gereja ikonik berwarna biru. Kami memang sarankan jika anda berkemampuan, sila tinggal di Oia kerana viewnya lebih menarik dan hotel-hotel mewah terletak di sini. Namun, harga makanan dan minuman jauh lebih mahal dari Fira dan Kamari.
NOTA: Baca Lokasi Blue Dome, Spot Terbaik untuk Mengambil Gambar di Santorini
![]() |
Di sinilah lokasi hotspot para blogger/vlogger mengambil gambar yang popular di Instagram/Pinterest tu |
Ferry (return) = RM400 x 2 person
Hotel 2 malam = RM998
Bus Athinios to Fira (return) = RM23 x 2 person
Bus Fira to Oia (return) = RM18 x 2 person
Bus Fira to Kamari (return) RM18 x 2 person
TOTAL RM1916 (tidak termasuk makan)
I conceive you have noted some very interesting details , appreciate it for the post. ancient greek experiences
ReplyDeleteThe principality boasts mountains, valleys and national parks - it truly is the great outdoors - and a quad biking day allows you to see so much of this varied terrain. free helmets, free unlimited mileage in Santorini
ReplyDelete