(gambar daripada http://www.olivemagazine.com)
JIMAT BERIBU-RIBU RINGGIT...yup! memang kami jimat beribu-ribu ringgit sewaktu travel 77 hari di Eropah tempoh hari.Bayangkanlah kami 3 org, kalau sekali makan dekat luar at least 8euro-20euro (depends).Tapi kdg2 kami makan kat luar juga jika kami rasa beli bahan mentah tu membazir.Selalunya kalau stay 2 hari 1 malam kat satu tempat atau tempat tinggal tu takde kitchen.So melayang la juga duit sebab makan kat luar.
Salah satu tips untuk jimat jika travel ialah memasak, sebab bahan mentah di Eropah ni tersangat2 lah murahnya.Bayangkan lah pasta 0.80 sen & pasta sauce 0.60 sen je kat rome.
DESCRIPTION MENGIKUT GAMBAR
1 - YANG KAMI BAWA DARI MALAYSIA.
(Garam halus, serbuk dry parsley, dry chilli) - ni semua bahan untuk buat spaghetti olio. Bahan2 ni kami sarankan beli di Malaysia la sebab lebih murah.
2 - COOKING PAN.
Yup, kami bawa cooking pan dalam bagpack! sebab senang kat hostel tak payah share dan make sure cooking pan yang ringan.
3 - PRODUK YANG ANDA HARUS BAWA DAN BELI DARI MALAYSIA.
(garam halus, serbuk dry parsley, serbuk chili flakes, cili padi kering, garlic)
Kami sarankan anda bawa cili padi kering (jemur dulu) , sebab apa? takkan hari2 nak makan olio atau pasta w tomato sauce, so kalau ada cili padi kering anda boleh masak nasi goreng kosong (garlic, cili padi & olive oil).bab nasi tak payah risau kat mana2 pasaraya anda boleh beli dan dapatkan.Kami memang guna beras Instant Rice Uncle Ben's (BAGUS GILA-GILA produk ni).
4 - NASI DAN SPAGHETTI.
saya cerita tentang nasi la, sebab orang Malaysia mmg peminat nasi & ada yang tak boleh hidup kalau xde nasi.Produk nasi yang kami gunakan & makan untuk 3 beranak adalah Uncle Ben's Instant Rice.
PRODUK REKEMEN GILA-GILA dari @femesfamili .Mudah, Menyelesaikan masalah & boleh dpt kat pasaraya.
Rendam 10 minit sahaja dalam air mengelegak, kecikan api & dah siap.2 sack boleh makan ntuk 3 beranak & boleh tahan untuk 8 jam.
SPAGHETTI - tak perlu risau mana2 pun ada, serendah 0.60 sen.
5 - LAUK-PAUK
meat & fish selalunya kami beli di kedai runcit bangla, india, cina (asia shop) atau hypermarket.
kalau halal chicken/ meat/sausage tu selalunya di kedai bangla/india atau halal butcher shop. Di area West/Central europe masih senang dapat tapi kalau di East europe dah agak susah untuk dapatkan halal meat/sausage/shop.So kena banyak makan seafood la.
MENU YANG KAMI SELALU MASAK & MAKAN.
- Spaghetti olio, Bolognese, Marinara, Penne tuna tomato, Nasi goreng kosong + ayam goreng, roti celop telor.
Kalau nak travel lebih pada 50 hari, kami sarankan sebulan sebelum travel amalkan makan Pasta hari2 sebab nanti kat sana , mengidam nasi dia tahap gaban, tambah lagi bila kawan upload gambar makanan/juadah puasa/makanan pagi raya....meleleh air liur je @femesfamili waktu kat europe hari tu.
SEMOGA BERMANFAAT & JANGAN LUPA SHARE!
Fb & Youtube - Femes Famili
Instagram & Twitter - @FemesFamili .
.
No comments:
Post a Comment