TRANSIT DI ALMATY, KAZAKHSTAN SELAMA 16 JAM.
.
27 Julai 2017 - Siapa kat sini pernah transit di Almaty, Kazakhstan? Rasanya ramai juga yang pernah transit di Almaty, sebab hotel yang kami tinggal ni pun mmg ramai tourist/passenger yang transit dan berehat2 untuk sambung next flight (air astana) .
.
Hari tu kami kena transit selama 16 jam , @femesfamili tiba di airport Almaty pada jam 6am, jadi kami decide untuk stay di hotel, bergolek2 dan berehat.Maklumlah kami kan travel dengan baby, jadi bila travel ngan baby ni, 1st priority adalah baby tersebut.Dia mestilah nak rehat, tidur tempat yang selesa, mandi, basuh poopoop dia & macam2 lagi.Lagipun @meldahmad kan masih breastfeed, jadi nak taknak kami memang kena stay.Kalau bujang memang selamba la lepak airport je, hehe nak jimat katanya.
.
Bila dah kahwin & ada anak travel ni jadi lain , beza sangat dengan time bujang.Penat dia lain, seronok dia pun lain & bila dapat first landing kat tilam hotel/airbnb tu pun nikmat dia macam...aaaargghhh nikmatnya, Baby pun sama muka happy gila bila dapat landing sebab body dia penat kan travel.Jangan terkejut kalau dah ada baby, kdg2 lagi banyak stay bilik dari jalan2 (depends).
.
OK sambung topik #Almaty , kami berteduh sebentar di hotel yang hanya beberapa tapak sahaja dari Airport ;-
.
Aksunkar Hotel, Almaty, Kazakhstan.
Harga : 18 euro
- Jalan kaki je dari airport.
- Foodcourt bawah hotel (halal).
- Taxi nak ke city boleh ambil di airport.
- Dalam airport ada foodcourt & money changer.
- Ramai Uber driver kat Almaty.
- Takde aircond (kami paw kipas lobby).
- Bilik air & mandi share.
- Bilik selesa & medium size.
.
Lepas dah take heavy nap dari 10am - 3.30pm, kami pun decide jalan2 city.Rasanya macam tak berbaloi je bayar taxi pergi & balik dari city ke hotel.City dia macam tak berapa nak ada apa-apa sangat, LOL. So, next time kalau korang kena transit di Almaty, better duduk bilik je kot and lepak foodcourt, makanan not bad & ikut tekak org Malaysia (lupa nak ambil pic makanan banyak2). Harga makanan dia kalau nak compare ngan Euro memang murah, tapi kalau nak compare ngan RM, maybe pricey sikit. (sebab kitaorg baru habis #eurotrip 77 days, so dalam mindset time tu mmg euro je).
(nasi, sayur, lauk daging ala kari, jus ceri)
.
Tukar 60 euro & habis kat taxi je sebab ulang alik (hotel-city)(city-hotel). so to be honest , membazir n tak worth it , tapi terpulang pada anda.oowh lagi satu, taxi dari city - hotel agak susah nak dapat tau.Kami minta tolong local people untuk panggilkan Uber.
.
jom enjoy gambar @femesfamili di Almaty (dibawah).
.
dah follow social media Femes Famili.
.
WWW.FEMESFAMILI.COM
Facebook & Youtube - Femes Famili
Instagram & Twitter - @FemesFamili
.
#throwback #almaty #kazakhstan #eurotrip #77days #FemesFamiliTakesEurope#KembaraFemesFamili .
![]() |
Melor dihadapan Metro Station. Old Schoolkan logo ni? |
![]() |
Kasilah chancee.. |
No comments:
Post a Comment