TRAVEL KE NEGARA EROPAH BERSAMA EURAIL DAN JIMAT BERBELAS-BELAS RIBU RINGGIT.(DAN ADA YANG FREE)


its FREE but not really FREE...eh macamana tu kalau dah FREE , FREE je la, boleh plak not really not really. Yup! @FemesFamili naik keretapi Eurail, travel ke negara2 Eropah selama 77 hari dan 'kebanyakanya' secara PERCUMA dan boleh dapat 1st class seat lagi. Di antara lokasi/negara yang kami travel secara PERCUMA dengan menggunakan tiket keretapi Eurail ini adalah.
.
HOLLAND - amsterdam, rotterdam, zaanse schans
GERMAN - frankfurt, titisee lake - blackforest, konstan lake
FRANCE - strasbourg
SWITZERLAND - bern, interlaken
AUSTRIA - villach, vienna, salzburg, hallstat
SLOVENIA - ljubljana
CROATIA - zagreb
HUNGARY - budapest, siofok
SERBIA - belgrade
BULGARIA - sofia
GREECE - thassaloniki, athens
.
(nak tahu harga tiket eurail & beli kat mana, sila scroll sampai bawah)(btw baby bawah 4 tahun 100% FREE)
.
Lokasi2 yang kami kena bayar untuk RESERVATION seat pulak.
MADRID - CORDOBA - BARCELONA - PARIS - BRUSSELS - MILAN - ROME atau senang cakap negara2 yang wajib bayar seat reservation adalah SPAIN, ITALY, FRANCE.(negara2 besar). oowh MOSTAR ke SARAJEVO pun boleh pakai Eurail , hanya 1euro sahaja.

Yang lain kebanyakkanya adalah PERCUMA , tapi make sure korg check dulu dengan apps eurail, takut nanti kena cekup dengan polis & bayar denda.Denda dia lagi mahal pada seat reservation yg korang sepatutnya bayar. (pernah kena cekup kat paris dulu 2013, time bujang, masuk train curi2 n duduk kat restoran).
.
Tetapi diantara lokasi/negara yang boleh travel secara percuma ni, kebanyakanya Femes Famili akan book reservation seat juga kerana ;-
- Travel satu keluarga (husband, wife & baby).
- Untuk keselesaan isteri n anak.
- Untuk memastikan ada seat/ bilik sendiri.(tak perlu berebut seat ngan orang lain).
- Baby masih breastfeed, so better ada bilik/seat sendiri.
- Kami bawa 5 bag dan stroller.(perlukan space)
- Reservation seat selain negara FRANCE, ITALY & SPAIN teramat2lah murah, serendah 1 euro.
.
tapi kalau bujang & travel solo, tak payah nak reserved seat pun xper.Worst to worst kena duduk kat lantai je.

APAKAH KEBAIKAN DAN KELEBIHAN MENGGUNAKAN EURAIL TICKET?
To be honest, memang mudah and jimat beribu-ribu ringgit, kaw-kaw punya jimat.(kalau travel lama), saya list kan kat sini ;-
- Bawah umur 4 tahun 100% percuma, tapi kena duduk atas riba.
- Student ada student pass n murah gila!.
- Boleh pergi kemana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja.(tapi yg jauh2 kena RSVP)
- Kalau terbangun lambat, tiba2 plan cancel, korang boleh pergi ke lokasi2 menarik yang berdekatan tanpa perlu reserved seat.Masuk keretapi, duduk n enjoy.
- Sehari nak naik 10 kali pun takpe, tak payah cop dan apa2 (kalau berdekatan) . like a boss.
- Kalau first class akan diberi keutamaan dan layanan yang special sikit.Dan first class boleh duduk dimana2, bebas.
- Kelebihan 1st class ni of coz boleh duduk seat 1st class & ada privacy, sebab kadang2 kalau ddk seat economy banyak budak samseng.
- Untuk yang dah berkeluarga ada anak, saya sarankan ambil first class.
- Kalau tiket 1st class atau 2nd class dah full (last minute booking) , korang boleh je duduk di economy.
- korang bayangkan travel ke salah satu negara paling mahal di dunia SWITZERLAND secara percuma, 1 sen tak keluar duit.(belanja video switzerland kat bawah)
- DAN KELEBIHAN2 LAIN MENGGUNAKAN EURAIL (ambil dari website eurail) - https://www.eurail.com/en/eurail-passes/pass-benefits/pan-european-benefits

EURAIL ADA BANYAK JENIS TIKET
- tiket yang kami pilih adalah EURAIL GLOBAL PASS (2 MONTHS & 2 PERSON)
- GLOBAL PASS maksudnya boleh pergi kemana-mana sahaja (seluruh eropah)
- 2 MONTHS maksudnya, dalam 2 bulan kami bebas kemana2 sahaja.
- 2 PERSON maksudnya , satu tiket tapi dua nama.
- beli 1 tiket & 2 nama ni jimat sikit daripada beli satu2 berasingan, tetapi kena travel & stick together.Tak boleh berpecah.
- ada lain2 tiket juga, nak travel seminggu pun ada & untuk student pun ada, for more info - https://www.eurail.com/en/eurail-passes/global-pass .
.
(eurail map)
.
BELI KAT MANA?
Anda boleh dapatkan tiket Eurail ni di agent sah(Malaysia) iaitu Boustead Travel di Menara Boustead.Tingkat berapa dah lupa.Tapi boleh cari encik Kamarulzaman dan tanyakan lebih lanjut lagi.
- atau boleh juga beli online, tapi saya cuak2 n was2 so saya beli di Boustead Travel, lagipun lepas beli terus dpt tiket kat tangan & map & banyak hadiah dari Eurail.
.
HARGA?
untuk tiket kami iaitu EURAIL GLOBAL PASS (2 MONTH + 2 PERSON + 1 BABY) after discount -20% ialah.
- 2254euro & after discount -20% = 1806euro.
- jimat RM2160.26 selepas diskaun (-20% = 448euro).
- Macamana nak tahu bila diskaun? selalunya December.
- beli december nak travel june tahun depan pun takpe.
So itulah maksudnya FREE but NOT REALLY FREE , still kena purchased 1 time ticket , tapi selepas tu dah banyak dah negara korg boleh travel PERCUMA especially centre & east. (dont worry, worth it korg spend one time ticket ni, jimat berbelas-belas ribu kalau nak compare dgn beli satu2)
.
video & gambar kat bawah adalah the worst train ride ever , 14 jam perjalanan, takde restoran, tak boleh berhenti beli makanan, takde org jual air, toilet satu share 100++ org, delay more than 4-6 hours&  lembab sangat2 train - at serbia

(belgrade to sofia, badan busuk kaw2 time ni)
.
Semoga ilmu ini bermanfaat , dan jangan lupa share di fb/sosial media rasmi anda dan tag kawan2 korg yang nak ke europe.
.
FEMES FAMILI TAKES EUROPE (77 DAYS)
13 may - 29 julai 2018
.
www.femesfamili.com
Facebook Page: FEMES FAMILI 
Instagram : @FemesFamili
YouTube : Femes Famili 

No comments:

Post a Comment

INSTAGRAM FEED

@femesfamili