HINGGA KE HUJUNG DUNIA INI.
Assalamualaikum dan Hai, sekarang baru ada masa untuk edit & upload video travel 2017. Ini adalah antara koleksi video tarian Mr.Femes & Baby Melora sepanjang kami travel selama 77 hari di benua Eropah, alhamdulillah dapat cover 16 negara dan tak rushing tapi penat sangat2. Video ini di inspirasikan dari Matt Harding.
-------------------------------------------------------------------
Banyak soalan2 yang @FemesFamili terima especially ttg travel w baby, Jadi kat sini kami list kan soalan2 'FAQ' yang ramai sangat nak tahu?
1. Travel 77 hari kat 'whole europe' berapa kos?
J - Lebih kurang 40k, Sebenarnya agak murah sebab 3 orang dan 2 bulan setengah.
2. Susah tak nak cari makanan halal?
J - Alhamdulillah, setiap negara yang @FemesFamili visit mesti secara 'kebetulan' ada kedai halal, kdg2 kat bawah apartment, tepi corner, kiranya tak sampai 30 tapak. Rasanya berkat kami berdoa minta kat Allah swt, sebelum nak sampai satu tempat kami akan doa supaya dipermudahkan. Cuma ada sesetengah tempat macam Serbia, Siofok & Santorini yang tu memang takde langsung makanan halal, tapi @FemesFamili akan masak pasta & frozen fish/tuna tin.
3. Baby Melora makan apa?
J - Makan apa kami makan, 90% pasta. Hari2 kami makan pasta.
4. Berapa beg bawa dan berapa helai pakaian?
J - 4 bag & 5 set persalinan pakaian.
5. Tak leceh ke bawa stroller & lain2 lagi?
J - Stroller Yoyo BabyZen - portable, ringan, tahan lasak dan 100% usefull (super suggest).
6 - Pakai apps apa untuk travel?
J - Trivago, AirBnB, Eurail, Maps.me, Currency, Calculator, Google Translate, SkyScanner,
7 - Banyaknya duit travel? mana dapat? tak membazir ke?
J - Rezeki isteri&anak.
8 - Gadget apa bawa?
J - Laptop, Sony a6000, Go Pro, iPhone 6s, Tripod, Monopod.
9 - Travel pakai apa (transportation)?
J - Train : Global Eurail Pass (2 person) baby bawah 4 tahun percuma, kebanyakan negara kami pergi PERCUMA, cuma kena beli one time ticket Eurail, tapi memang jimat berbelas2 ribu ringgit, macamana tu? klik disini --> TRAVEL KE NEGARA EROPAH BERSAMA EURAIL DAN JIMAT BERBELAS-BELAS RIBU RINGGIT.(DAN ADA YANG FREE)
10. Hotel atau AirBnB ?
AirBnb - Wifi tak payah share, best especially bila dpt whole house, boleh masak, ada tv n etc n ala ala rumah sendiri, tak best dia sebab bawa baby ni nak kena minta izin dulu, tak boleh terus book & proceed. Lepas tu kena message 5-6 AirBnb, tanya "Im with baby, is that ok?" , selalunya kalau bujang mmg dia taknak.
Hotel (Trivago) - cepat dan mudah, Lokasi selalunya strategik dan ada dalam maps.me. Tak perlu nak minta izin bawa baby ke tak, terus book and proceed.
-------------------------------------------------------------------
Nak stay di AirBnB, saya nak bagi anda RM55 percuma! - www.airbnb.com/c/yusmarulariffk
Travel secara bijak dan dapatkan cashback - http://bit.ly/femesSHOPBACK
Booking hotel tanpa perlu bayaran pendahuluan - http://bit.ly/femesBOOKING
------------------------------------------------------------------
Rasanya itu sahaja soalan2 yang biasa kami terima, jika anda ada apa-apa soalan (especially family&baby), sila letakkan di ruang comment.
dan alhamdulillah kami akan menjadi guest di TCE baby expo untuk sharing session tentang 'tips2 & bagaimana nak travel dengan baby'. See you there!
Song by :
Hanie Soraya - Hujung Dunia.
Written & Produced by: Faizal Tahir, Omar K, Mike Chan & Hanie Soraya.
Faithful Music.
Video inspired from Matt Harding.
WWW.FEMESFAMILI.COM
Facebook & Youtube - Femes Famili
Instagram & Twitter - @FemesFamili .
No comments:
Post a Comment