AZAM BARU LAGI.? 🤔



Selamat tahun baru 2020.

Macam biasa la setiap tahun pasti ada azam baru kan. Tapi aku ni dah lama tak berazam sebenarnya, bukanlah aku ni manusia tak bermatlamat mahupun ber-impian. cuma kadang2 rasa takut nak berazam, takut kecewa dengan diri sendiri.

Selalu kita berazam tapi tak pernah nya jadi. Ye la kadang2 kita ni letak azam/cita2/matlamat yang terlampau tinggi. Kononya hebat boleh jadi someone yang luar biasa, terlampau terinspirasi dengan kisah dogengan orang lain.

Dulu aku selalu rasa&percaya ‘miracle happen’, maklumlah buat apa pun meletop kan~. tapi mungkin bila dah semakin berusia ni aku punya magis & miracle dah hilang kot.

Ok back to topic, ni lah azam aku untuk 2020, semoga dapat menjadi kenyataan sedikit demi sedikit #NoRush .

- Bangun subuh.
- eat healthy & raw.
- read more books.
- makan kuantiti yang sikit.
- kurangkan main hp.
- tidur awal.
- jogging/brisk walk once a week.
- bersenam sikit2
- nak hadiri banyak kelas ilmu/seminar.
- belajar mengaji & agama.
- Income nak bertambah, dah xnak cukup2 makan & sengkek. Penat woi!.
- Nak menyimpan duit.
- Nak susun plan untuk diri sendiri, apa akan jadi next 5,10, 25 years later.
- Lebihkan masa untuk menyendiri.
- Travel? Dah tak kot, tunggu melor dah 7 tahun ok kot. 3 beranak buat vlog travel, kan lagi best!!

Rasanya tu je la kot, cuma top3 kat atas tu memang azam yg WAJIB dilakukan.

ada ke yang baca sampai habis.

Mr.Femes
12012020 - 02.09am

No comments:

Post a comment

INSTAGRAM FEED

@femesfamili