EPISODE 2 : PERTAMA KALI AKU BERNIAGA
Tarikh pertama aku berdagang atau berniaga ialah 23 Feb 2008 (sabtu) di Weekend Market @ Cineleisure Damansara, booth aku (bawah khemah 20x20) di luar Tony Roma's. Semangat nak berniaga pertama kali ni lain macam, rasa macam Avengers nak gi berperang siap ada muzik latar, konon-nya!. Semenjak dari malam sebelum aku berniaga aku dah fikir nak setting baju macamana, konon-nya booth aku tu ada VM la sebab aku ni bekas pekerja Topshop/Topman. Kiranya #fefeling orang datang booth aku akan nampak macam susunan butik la, padahal nan hadooo.
nak baca episod 1? click sini > https://bit.ly/39793Ya
MACAMANA DAPAT MODAL BERNIAGA
ok kita reverse sikit kebelakang lagi, macamana aku dapat modal nak berniaga. Aku ni dilahirkan dalam keluarga yang berjimat-cermat dan pandai menyimpan duit, mak dan ayah aku selalu berlawan2 & bersaing2 buku bank siapa yang angka lagi banyak, dan mereka akan berlagak sesama each other. Jadi aku ni kiranya terikut dan agak pandai menyimpan juga la...tapi tu dulu, sekarang ke laut, susah betul nak menyimpan.
aku ada share kat sini cara aku simpan duit untuk buat modal perniagaan -> https://bit.ly/2I1FGe0
Total wang simpanan aku adalah RM5000++ dan dengan duit tu lah aku beli :-
- Produk - RM3547
- Railing
- Plastik bag dsb
PRODUK YANG AKU JUAL
Antara produk yang aku jual adalah blouse, short pants, skinny jeans, legging, bag, fancy t-shirt, baju long sleeve & mostly casual dan inspired topshop & trend terkini la. Konon-nya kedai aku ni semua ada & variety la. Oooh lupa, aku ada jual kepala tali pinggang juga 😁😁😁 , merepek kan, macam kedai runcit .
Stok dan produk semuanya aku ambil di Jalan Kenanga, betapa poyo-nya Jalan Kenanga ni dulu kalau nak ambil stok, kau kena tunjuk name card dan beritahu kedai kau kat mana, konon-nya nak jaga standard dia(standard apa aku pun taktau), lepas tu pandang atas bawah, aku pun apa lagi keluar lah perangai Damansara aku, speaking dengan slang-slang Damansarians ala-ala bimbo sikit tu, apek & nyonya terus malas nak layan. 😁😁😁
HARI PERTAMA AKU BERNIAGA
23 Feb 2008 - Jeng jeng jeng, bermulalah episod dan new chapter dalam hidup aku sebagai seorang usahawan kecil-kecilan. Aku huraikan la biar pendek cerita;-
- Bangun awal pagi.
- Stok & Produk dah kemas malam tadi.
- Pakai van hijau ayah aku. (vanette)
- Bawa kawan baik aku, Hanis anak pakcik Tahir (jiran).
- Petty cash RM200 (topshop panggil duit float)
- Habis set-up 10++am.
selepas habis set up, aku pun duduk la di booth aku, sebelah kiri aku amoi jual fake eyelashes dengan servis pasang eyelashes, sebelah kanan pula baju ala indonesia print. Dua-dua kedai laku dan ada customer, surprisingly fake eyelashes tu ramai gila & non stop, aku waktu tu macam teramat-amat pelik dan cannot brain macamana jual bulu mata 'pelesu' pun boleh laku & aku kedai yang konon2 memperjuangkan fashion stylo ni tak laku.
LUTUT AKU MENGELETAR
Sampai jam 5pm kedai aku tak laku, muka jangan cakap la memang kelat habis, hati pilu n murung je, sepatah pun tak bercakap apa2 dengan orang. Sampai satu tahap tu (jam 4pm) aku duduk tepi tembok Tony Roma's dan lutut aku shaking, ya gais mengeletar dengan sendirinya, betapa memikirkan nasib aku ni malang dan bisnez tak laku. Korang bayangkanlah sebagai seorang yang makan gaji dan kerja di retail, dapat simpan 5k buat modal, sampai je hari berniaga tup tup takde orang beli, can you feel me bro? 😢. Aku kalau tengah bersedih mesti akan terkenang dan cakap dalam hati dengan suara mak aku, "kesian hang Ariff, habis duit simpanan hang, penat hang simpan"
Sampai la jam 5pm lebih, Ekin(wife mawi) & kembar dia jalan2 The Curve dan singgah booth aku, aku tak berapa cam, tapi neighbour aku yang bisik2 cakap tu Ekin. Time tu Ekin tengah hot sebab bercinta dengan Mawi, aku pun senyum je la sebab dia customer, lepas dia belek2 dan dia terus grab 2 baju longsleeve Rolling Stone. Waktu tu aku punya gembira tak boleh di ungkap dengan kata-kata. Rasa macam pencapaian terbesar dalam hidup bila dapat buat jualan pertama.
Ekin dan kembar dia, 1st customer aku
Waktu Ekin & kembar dia beli, booth aku macam ramai sikit orang masuk sebab ada artis dalam tu. Bila traffic dah ramai, orang luar pun curious dan masuk booth aku. So selepas tu momentum kedai aku terus ok dan alhamdulillah ada jualan walaupun sikit. Muka pun dah tak kelat macam sebelum ini, Rupa-rupanya customer dekat Weekend Market tu bermula selepas jam 5pm ke-atas, ye la orang KL kan, mesti la keluar waktu lewat2 macamtu. Total jualan aku pada hari pertama RM273, lepas tolak kos&sewa, untung aku hanya RM28.50.
selepas tu jualan aku (semua berlaku dalam bulan March 2008)
hari ke 2 - RM223 - untung RM11.50
hari ke 3 - RM554 - untung RM198
hari ke 4 - RM375 - untung RM108
hari ke 5 - RM830 - untung RM226
hari ke 6 - RM150 - rugi RM20
hari ke 7 - RM210 - rugi RM2
hari ke 8 - RM150 - rugi RM80
buku sales aku tahun 2008, nampak tak tarikh kat atas tu
Next episode aku akan cerita
- Apa cara untuk aku naikkan jualan perniagaan aku.
- Berjumpa agent thailand
- Pertama kali redah ke Bangkok
Catatan Mr.Femes
27 feb 2020 (10.42pm)
No comments:
Post a Comment