EPISODE 2.5 - TEKNIK DAN CARA AKU SIMPAN DUIT UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN #KisahYusBerdagang .


cerita sebelum ni --> https://bit.ly/3cbU1m0

Aku ada satu teknik dan cara untuk menyimpan duit yang boleh dikongsikan. Tapi ni teknik aku sewaktu bujang dan zero komitmen, memang tak boleh nak compare la dengan zaman sekarang yang serba-serbi mahal dan dah berkeluarga. Walaubagaimanapun teknik ini masih relevan, tapi kena "hendak seribu daya taknak seribu dalih" lah.

btw aku nak cakap, cerita dan moment yang aku nak share ni ketika tahun 2007-2008, waktu ni lunch 5-6 ringgit pun boleh lagi.

ok sambung...

CONTOH DAN SIFIR MUDAH
- Gaji RM1200++
- Dapat gaji 1hb
- Letak diri anda sebagai seorang yang masih bujang.
(ok ini sifir mudah yang aku bagi supaya anda semua senang nak faham, letak gaji 1hb biar senang nak hadam)

kebiasaan-nya kalau kita dapat gaji, kita mesti akan hadiahkan diri kita dengan benda yang best2, bujang ni biasanya akan beli pakaian atau apa2 yang berkaitan dengan fashion la kan. Maklumlah jiwa muda, nak semua orang pandang & nampak & kalau boleh nak menjerit "Look at Me!, Look at Me!". Tapi middle to end of month akan sengkek dan makan maggi. Terbalik pula dengan aku, aku ni jenis ikat perut awal bulan dan reward diri 3 hari sebelum gaji akan datang.

contoh cara aku simpan duit
lupa nak tulis, yg line hijau kat bawah maknanya aku sedang berjimat cermat/ ikat perut, yang pink tu pula aku akan enjoy dengan balance gaji

- Dapat gaji awal bulan (RM1200)
- Hari pertama aku akan keluarkan RM1000 cash, balance RM200 simpan dan jangan usik.
- Tolak segala komitmen.
- Waktu tu aku hanya bermotosikal, jadi tak berat sangat komitmen.
- hari pertama hingga ke hari dua puluh tujuh (1hb - 27hb) aku akan berjimat cermat. Pastikan tempoh (1hb -27hb) hanya pakai duit RM1000 tu je.
 - 3 hari sebelum gaji, hari untuk aku reward diri aku. Makan kat restoran ke, apa ke, tapi kena tengok la berapa duit yang ada dari balance (RM1000) tu, kebiasaanya akan ada RM200++. Tapi mula2 je aku akan reward diri sendiri, lama2 dah rasa macam "baik aku simpan duit ni".
- Lagi satu aku ni sejenis tak membeli baju, walaupun aku keje topshop/topman, aku ni jenis tak heran dengan fashion UK UK ni, walaupun ketika itu topshop/topman memang tengoh HOT gila.
- Yang membuatkan simpanan aku lagi banyak adalah duit bonus tahunan, aku simpan 100% walaupun masa tu semua orang sedang bergumbira.
- Senang cakap teknik simpan duit dan menahan nafsu ni SKILL & ABILITY aku la. Penyakit keturunan mungkin.

kenapa penyakit keturunan..?

ok aku share dari post lama aku "Aku ni dilahirkan dalam keluarga yang berjimat-cermat dan pandai menyimpan duit, mak dan ayah aku selalu berlawan2 & bersaing2 buku bank siapa yang angka lagi banyak, dan mereka akan berlagak sesama each other. Jadi aku ni kiranya terikut dan agak pandai menyimpan la...tapi tu dulu, sekarang ke laut, susah betul nak menyimpan."

Total aku dapat simpan duit untuk modal berniaga adalah RM5000++

Ok, sebelum anda2 semua nak kecam or cakap "alaaa bolehlah duduk rumah mak bapak!" aku nak beritahu.

SEBELUM NAK KECAM
-1st ni cerita pengalaman aku, tajuk pun TEKNIK DAN CARA AKU SIMPAN DUIT UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN, so maknanya teknik dan cara AKU simpan duit la. obviously cerita pasal diri aku.
- Cerita ni 2007-2008, kita pun tau waktu tu barang keperluan masih murah.
- Aku masih muda, takde komitmen, takde hutang dan tiada LANGSUNG tanggungjawab.
- Aku hanya bermotosikal, jadi memang jimat banyak.
- Tinggal di Ampang kerja di OU,stay dengan parents, 3 hari minyak kurang dari RM10, kalau shift tengahari makan kenyang2 kat rumah dulu.
- Dulu nasi lemak ayam goreng kat Aeon hanya RM2++.
- Aku tak heran dengan baju dan trending terkini, so aku jimat.
- Zaman dulu mana ada makanan viral2 ni, so aku tak terjebak dan jimat, alhamdulillah.
- Aku ada perangai pelik iaitu suka tengok angka banyak dalam bank. Rasa kepuasan (penyakit keturunan).
- Senang cerita aku ni memang suka simpan duit la! (tapi tu dulu, sekarang kelaut).

so itu sahajalah perkongsian aku kali ini & macamana aku boleh simpan duit untuk memulakan perniagaan(modal), aku sebenarnya agak bangga aku dapat simpan duit dan gunakan duit sendiri untuk modal berniaga. Ingat lagi mak aku tanya .

- "Mana hang dapat duit nak berniaga ni ariff"
- "Duit simpanan la, ada duit gaji sikit simpan, lepas tu dapat bonus hari tu, simpan dalam bank"
- "oowhh" mak aku balas.

Tapi waktu tu aku rasa macam superhero yang mendabik dada, bangga bukan kepalang.

well...itu semua hanyalah kenangan manis dalam hidup aku. =-)

Catatan Mr.Femes
26 feb 2020 (12.50am)

No comments:

Post a Comment

INSTAGRAM FEED

@femesfamili