EPISODE 1 : PROFIT PERTAMAKU #KisahYusBerdagang


MACAMANA AKU BOLEH START BERNIAGA DAN AMBIL BARANG BORONG DI BANGKOK.

hmmmmm panjang kisah #KisahYusBerdagang ni, ber episod-episod dan berthrowback terok. Terlampau banyak pengalaman pahit dan manis yang ingin di kongsikan, selalunya cerita kisah silam ni dengan isteri je, atau kawan2 kat kedai kopi. Tapi takdelah sepanjang blog yang aku nak karang ini.

Ok sebelum nak mula, aku nak kongsikan kronologi hidup dan pekerjaan aku sepanjang 2002-2008.
.
2002 - SPM.
2003 - Kerja waiter dekat Carmen's Restaurant, Jalan Raja Chulan.
2004 - Belajar dekat PTPL (tak habis) & kerja kedai kasut sport (pesaing al-ikhsan) kat BB.
2005 - Kerja Sg.Wang, kedai kasut Fake.
2006 - Kerja Sg Wang (kedai sama), bercinta dengan gadis cina, 6 bulan(june-dec) angau dan break. Frust kaw-kaw & menonggeng. Sampai balik kerja naik motor tutup muka dengan visor tapi nangis.😭

2007 - Lari Damansara bawa diri sebab jiwa kacau, kerja Topshop & Topman OU.
2008 - Part time Topshop/Topman & Start berniaga di weekend market.

EPISODE 1 : PROFIT PERTAMAKU

ZAMAN KERJA TOPSHOP / TOPMAN ONE UTAMA
so basically background aku memang retail la, memang minat menjual dan suka jual barang yang trending dan terkini.(waktu tu lah, not now).
awal-awal kerja Topshop, gambar ni maybe early 2007

JAN 2007 - waktu 2007 tu, zaman kerja di Topshop lah yang paling banyak mengajar aku tentang dunia perniagaan dan fashion (sikit-sikit), setiap bulan ada trend terkini, ada VM, ada belajar tentang moodboard dan a bit of customer psychology, contohnya warna, window display (VM) dan kita ada 3 saat je untuk tackle mata&minat customer kita. Waktu tu pulak Topshop/Topman tengah menggila, semua orang macam nak jadi MAMAT & MINAH UK #acah walaupun muka macam Ulu Kelang.šŸ˜

waktu ni topshop/topman ou nak renovate

2008 - dipendekan cerita, aku di transfer kan ke Topshop/Topman Pavilion dan budak2 kerja kat situ bosan gila & aku macam tak boleh nak 'in' sangat dengan diorg. Jadi setiap kali lunch break aku akan mengular ke tempat kerja lama, kedai dekat Sg.Wang tu, orang panggil kedai Uncle.

Satu hari tu aku tanya, "Uncle mana u beli aaa ini railing2 display", Dan uncle pun tunjuk 'how the way' untuk pergi Jalan Kenanga. Waktu tu Jalan Kenanga ni rare, tak semua orang tahu. Jumlah peniaga pun tak ramai macam sekarang, peniaga muda lagilah boleh kira dengan jari.so, Jalan Kenanga ni kira macam 'rahsia' para peniaga la #kononya.

Peniaga dulu tak terbuka macam peniaga sekarang, segala lubuk,cargo&shipping, cara, skill nak berniaga semua diorg taknak kongsikan. Jadi nak taknak anda memang kena usaha sendiri.

PERTAMA KALI KE JALAN KENANGA 
.
Jalan Kenanga (gambar diambil dari Stephanie Yap, Property Guru)

JAN 2008 : 6pm - Jadi petang tu aku pergi la ke Jalan Kenanga sebab nak beli railing yang boleh melekat kat wall tu, untuk decoration bilik aku. Lepas aku dah survey harga apa semua, nak di jadikan cerita sebelah kedai railing tu, kedai pembekal stokin & sarung kaki wanita, Kebetulan ada amoi kerja situ tengah hisap rokok luar kedai dan dia pakai hosiery @ panty hose. Aku pun tanya lah "amoi, seluar macam u ada jual ke..?", amoi tu pun bawa aku masuk kedai dan tunjuk segala mak nenek jenis legging, stokin & panty hose semua dia ada.
panty hose

Waktu tu pula, uniform Topshop/Topman wajib pakai hosiery @ panty hose ni. Jadi aku tanya la kat amoi tu "amoi satu berapa aa..?" , dia jawab "satu RM4", waktu tu aku punya terkejut umpama gambarajah kartun yang terkejut sambil rambut terpacak-pacak tu. Punyalah murah dalam hati aku, maklumlah waktu tu belum terdedah dengan harga2 borong ni, dengar RM4 pun dah terkejut. Aku pun grab la dua, total RM8. Tapi aku rasa amoi tu selit duit, sebab waktu tu kedai tu takde orang dan dia kena closing. Jadi ni duit tepi dia la, sebab nak ikutkan borong kena beli 6 (waktu tu aku taktau).


PERTAMA KALI BERJUAL BELI
Jadi esoknya, aku pun pergi la 'cuba-cuba' jual dekat member2 Topshop/Topman OU, aku jual RM15. Licin dalam sekelip mata yer tuan2 dan puan2. Punyalah rasa seronoknya dapat profit RM18 tu, terasa macam banyak sangat keuntungan RM18 tu. Jadi benda tu buat aku gian, aku pun pergi balik ke Jalan Kenanga tu dan aku pergi kedai amoi legging tu, aku tanya dia "Miss u remember me? kelmarin i ada datang sini beli panty hose, saya mahu beli lagi", lepas tu aku cakap aku nak beli 3-4 je sebab waktu tu tak berani nak beli banyak.

Amoi tu cakap, "tak boleh beli sikit, minimum wholesale kena beli 6"
aku pun balas " eh itu hari i beli dua je dengan you"
lepas tu muka amoi tu cuak gila, dia macam takut kantoi la kot dia selit duit tepi. Aku pun macam fikir jap & dengan selamba tanggung risiko beli 12 (padahal 12 je kot). Dan keesokanya aku pun pergi la berdagang di Topshop/Topman OU, dan dengan ajaibnya barang aku habis juga dalam sekelip mata.

Start daripada hari tu, aku pun dah addicted dengan profit, tapi lama-kelamaan bila semua staf dah ada hosiery @ panty hose sale pun dah mula slow, jadi aku try jual legging pula, sale naik balik sebab ramai suka legging dan harga RM15 (murah waktu tu, sekarang RM10 je) dan seperti kebiasaan langit tak selalu nya cerah, sale makin lama makin slow, yang aku ni pula dah addicted dengan berniaga dan profit.
jangan monyet, jangan tamak monyet. =-P

Satu hari aku teringat, ada member(Haqim) pernah datang Topshop/Topman OU visit aku kerja, dia cakap kawan dia berniaga dekat Cineleisure Damansara(sekarang e@curve), kat weekend market. Dia cakap kawan dia sehari dapat 3k, aku tak percaya & aku ingat dia tipu. Aku pun call Haqim tanya macamana nak dapat tapak kat weekend market. Dia bagi aku no Laila & aku pun call Laila. Kebetulan ada orang nak let go tapak & aku sambung bayar.

Jadi di situlah permulaan cerita macamana aku boleh start berniaga dan dapat tapak Weekend Market di Cineleisure Damansara (e@curve).

So next episode aku akan cerita mana aku
- dapat duit beli barang niaga.
- awal2 niaga dah rugi.
- permulaan beli barang Bangkok.

Terima kasih kepada sesiapa yang baca sampai habis...ada ke..?


Mr.Femes
21 feb 2020 (2:19am)

No comments:

Post a Comment

INSTAGRAM FEED

@femesfamili