MAK BUAT JERUK MAMAN


JERUK MAMAN
.
- daun maman (boleh dapat kat pasar tapi agak susah).
- nasi putih.
- air masak.
.
1. Daun Maman - Basuh daun maman sehingga bersih, biasa kalau kita beli sayur apa pun, mmg banyak pasir yg melekat kat celah2.
.
2. Nasi Putih - Masak nasi dan tunggu nasi sejuk.
.
3. Air masak - masak air dan tunggu sampai sejuk(suhu bilik), air penapis pun boleh rasanya, tak pasti. Biasa mak buat pakai air masak & tunggu sampai sejuk(suhu bilik). Maklumlah resipi turun temurun #KampungPeople .
.
4. Letak nasi sejuk lebih kurang macam potion sepinggan makan kat kedai tu.
.
5. Letak air dan daun maman, kuantiti sama banyak atau lebih kurang. Kalau tgk dari luar botol(jar), air dan daun maman sama tinggi.
.
6. Oh lupa nak pesan, letak dalam jar atau balang kaca ye... baru assikkkkk rasa dia n tahan lama.
.
7. Mak buat hari ahad, rabu dah boleh makan
.

8. Hari ni nak makan dengan masak lomak tongkol, ulam kacang botol n jeruk maman.
.
Catatan Mr.Femes
19 feb 2020 (5.19pm)


No comments:

Post a comment

INSTAGRAM FEED

@femesfamili