.
Sebenarnya roti john ni adalah makanan kegemaran saya sewaktu bulan Ramadhan. Kalau dalam 30 hari Ramadhan tu, boleh jadi 20hari++ tu saya akan berbuka (starter) dengan john. Sebab ntahlah bagi saya john ni makanan Malaysia yang tersangat2lah enak, sedap & ada commercial value yang sangat tinggi, Bak kata orang 'Boleh Pergi Jauh' atau omputeh cakap "there's a future on it!". Tetapi kebiasaanya selepas gigitan pertama john yang ku beli di BazaarRamadhan akan di akhiri dengan rasa KECEWA dan SEDIH. :-(
.
SINDIKET SCAM ROTI JOHN & MURTABAK
kenapa kecewa dan sedih? saya rasa kita ni dah discam dengan sindiket roti john & murtabak ni dah lama, Kumpulan Exist pernah berkata "berkurun lama~~~ kurasakan". Kalau saya tanya anda :-
- bila last anda makan rotijohn/murtabak daging yang ada daging?
- yang bila gigit akan ada rasa gumpalan daging & ada daging melimpah, terkeluar-keluar & sangkut celah gigi.
- Bila last anda KENYANG makan rotijohn/murtabak sebab daging dia? bukan kenyang roti atau telor, tapi kekeyangan daging?
.
betul tak apa yang saya cakap? Sebenarnya whooooole life kita dah dijamu dengan roti john telur semata-mata & murtabak bawang. Jadi di situlah tiba2 muncul mentol TINGGGGGG!!! atas kepala.
.
DI MANA ADA MASALAH DI SITU ADA PELUANG!
quotes atas ni kita selalu dengar di seminar2 perniagaan, dulu waktu saya dengar saya rasa macam "mmmmm okay, fine, next! malas dengar kau membebel, aku nak dengar tips marketing utk buat duit je" , tapi bila dah been thru situasi ini dan nampak MASALAH utama & disitu saya nampak PENYELESAIAN untuk masalah ini, maka ia bertukar menjadi IDEA!. faham tak? matematiknya adalah ;-
.
- MASALAH (PELUANG) + PENYELESAIAN = IDEA!
.
tapi benda(masalah rotijohn/murtabak takde daging) ni saya dah buat research lama, bertahun2 saya menjadi pemerhati dan observers . Cuma alhamdulillah PKP ni telah membuka pintu rezeki yang baru untuk saya. Saya juga salah seorang yang tergugat sewaktu pkp, kerana saya adalah seorang driver van sekolah.
Sebenarnya saya tak minat nak bercakap tentang bisnez ni, sebab saya rasa tak layak & lagi satu saya dah banyak kali sangat tertonggeng di dalam perniagaan #SakitnyaTuhDisini . Tapi saya cuma kongsi pendapat, hasil pemerhatian saya & tips2 dari pengalaman saya.
DIMANA ADA MASALAH DI SITU ADA HUGE OPPURTUNITY! ayat ni memang betul & terbukti kebenaranya, sumpah!. Banyak lagi masalah yang ada di scene fnb di Malaysia ni. murtabak bawang, karipap oksigen, nasi lemak xde ikan bilis, xde kangkung, bila last anda makan nasi lemak yang sempurna? (nasi lemak , ikan bilis rangup, kacang, timun, sambal, kangkung, telur rebus).haaa kan ada masalah+peluang disitu.
VALUE PROPOSITION - Jangan takut nak letak harga tinggi sikit, ada yang cakap & perli rotijohn saya 'harga kayangan' sebab RM10 & RM15, kat luar RM6 je. Saya tahu apa yang saya beri & value produk saya. Kalau dia taknak beli maknanya dia bukan customer saya, simple!
MENYELESAIKAN MASALAH - kini peminat roti john dapat menikmati rasa roti john yang 'ada' daging. #DagingItuWujud .
STUDY & RESEARCH MARKET - roti john sememangnya mempunyai market yang sangat besar di Malaysia, so lagi senang nak jual & tak perlu nak educate orang, cuma saya upgrade dan ;-
ADD ON VALUE - saya buat rotijohn Malaysia tapi berlauk-pauk kan masakan omputeh, sebab org Malaysia dah boleh accept makanan mat salleh, jepun, italy & sebagainya. Sebab tu lah tagline "roti john malaysia, citarasa mat salleh'.
KNOW YOUR AUDIENCE - saya tahu saya jual kepada siapa, target umur berapa, pendapatan isi rumah berapa & lokasi. Saya berniaga di Bukit Indah, Ampang. Disini boleh dikatakan semi urban area&people, berpendapatan isi rumah RM5000++ , so kiranya customer saya 'berkemampuan' & saya tak pernah target audience yang berumur 20an, kalau ada yang beli itu dikira bonus!.
KECILKAN & SPESIFIKAN TARGET MARKET - saya hanya jual kepada orang Ampang atau <<5km dari kedai saya sahaja. Orang luar Ampang beli adalah bonus. Ampang sahaja dah ada berpuluh ribu orang, 1 hari 1% saya dah boleh jadi jutawan berselfie dengan alphard sambil pakai t-shirt print gucci #copyori .
.Rasanya tu je la kot, btw segala cerita di dalam post ini adalah dari pengalaman, pemerhatian & pendapat saya sendiri. Takde sekumit pun perasaan untuk membanding2kan roti john orang lain dengan roti john saya. Kalau lepas baca anda taknak beli produk saya pun "makkk okay jeeewwrrr!" sebab saya hanya berkongsi cerita. Blog saya, Cerita saya. -TAMMAT-
Catatan Mr.Femes
18 Feb 2021 (3.18am)
No comments:
Post a Comment