ROTI CANAI SEDAP KAT PAKCIK SIDEK, TAMAN WATAN AMPANG

Roti canai pakcik kat watan(tepi hardware) ni sedap gila!! 9.5/10 markah.
.
Hari tu aku nak beli cat utk kedai 5 liter. Aku pun pergi la kedai hardware kat watan ni. Sementara tunggu dia pack cat 5l & barang2 lain aku pun tertarik dengan pakcik yg jual roti canai atas lori & tepi jalan ni.
Aku tengok roti dia garing, gebus-gebas & time atas kuali tu roti dia mengelembong lain machiammm (automatik kau tau roti tu gebu) pastu kuah dia pulak dal kaki ayam.
Lepas gigitan pertama...CONFIRM ni la roti canai melayu yg aku tercari-cari & tak akan cari lain dah‼️, isi gebu, kulit garing, rasa buttery sikit(tak over) & masa dia tepok roti PAPP PAPP tu pun air liur dah meleleh.
Lepas habis beli cat & selepas2 itu mmg aku beli kat pakcik ni je.
.

WAZE - WENG CHEE HARDWARE
.
btw cat jenama federal paint mmg terbaik la, sekali zasss je , xperlu 2-3 layer.










 

No comments:

Post a comment

INSTAGRAM FEED

@femesfamili