KEDAI CINA MUSLIM SEDAP & MURAH KAT AMPANG JAYA. CHINDIAN MUSLIM KIOSK

Semalam sebelum nak visit anak kat hospital dia kirim noodle. Biasa beli mee kolok kat foodpanda. Tapi semalam tergerak hati nak beli secara walk-in di kedai2 / warung. Otw nak ke Hospital kebetulan lalu pula dekat ampang jaya(area dewan mpaj) & nampak satu kedai ni tulis Chindian Muslim. MENARIK.

Sampai je kedai wowwww­čś▒ gempaknya menu2 dia, anak saya ni memang lebih kepada noodle/bihun/pasta daripada nasi. Menu2 dia (ada dalam gambar) buatkan rasa kita nak beli semua. Dia jual style kaki lima dan yang penting HALAL dan harga MURAH.


Semalam saya beli

- 2 Wantan Mee Dry.

- 1 Wantan Mee Sup.

- 1 Chee Cheong Fun.

- 2 Bandung Soda

taukey kedai Jasmine Tay Abdullah, siap sedkah porridge untuk dinner anak saya lagi. Dia cakap takut anak lapar malam nanti & at least ada porridge. & total untuk semua menu di atas tak sampai RM30.

Kat gambar last saya ada letak full menu, Whatsapp, waktu operasi & waze. Lupa pula nak tanya dia jual online ke tak.

No comments:

Post a Comment

INSTAGRAM FEED

@femesfamili