Our Story



Salam Kenal!

Salam perkenalan semua. Kami gelarkan diri sebagai Mr Femes, Mami Femes dan Little Melora. Pada akhir tahun 2016, kami membuat keputusan untuk meninggalkan dunia perniagaan kasut kami Femes Factory. 2017 merupakan satu nafas baru dan kami ingin meneroka dunia dan mendokumentasikan pengembaraan kami untuk tatapan hari tua kelak. Kami juga ingin berkongsi tips dan manfaat buat para pembaca kami di FemesFamili.com.



#FemesFamiliTakesEurope




Kami telah berjaya meneroka ke 16 negara dan 29 bandar di Eropah selama 77 hari bersama anak kesayangan kami dengan kos yang minimal. Kami telah melalui pelbagai situasi seperti terkena pick pocket, anak jatuh sakit ketika travel dan terpaksa turun dari keretapi ketika sedang lena tidur. Setelah pulang dari Eropah, kami rasa amat perlu untuk kami berkongsi cerita pengembaraan kami agar dapat memberi tips travel dan inspirasi kepada ibu bapa muda untuk meneroka dunia bersama anak kecil. Kami juga sempat merasai bagaimana berpuasa dan beraya bersama saudara Islam di Eropah.

 Oleh itu, terhasillah website ini, kisah keluarga kami yang suka meneroka tempat baru, menambah kenalan dan berkongsi tempat makanan halal yang wajib dikunjungi! Kami telah mendokumentasikan kembara #FemesFamiliTakesEurope.

 Show us some support by subscribing to our blog, youtube and social media account :) Jangan lupa klik share button tau jika post kami bermanfaat kepada anda.

No comments:

Post a Comment

INSTAGRAM FEED

@femesfamili